08 September 2011

Muzik dan Cinta


Assalamualaikum :D

 Bila aku bosan duduk sorang- sorang diri, aku mulalah sibuk berangan nak kahwin. Ya Allah memang aku tak sabar nak kahwin. Kalau boleh hari ni jugak nak balik kampung cakap kat mama dan papa, “Mama, papa....Ya nak kahwin!!!” Dan maka dengan itu terkejut King Kong laa kedua orang tuaku. Aishhh... kau ni kenapa Zafirah? Boifren pun tak ada lagi, ada liver nak kahwin. Kau ingat senang nak kahwin ni?! Hishhh... kena pergi kursus kahwin lagi, tempah baju, tempah pelamin, buat hantaran, kenduri- kendara and so on, so on...

 Tapi aku still suka berangan nak kahwin. Thihihihi :) Aku suka bayangkan nanti lepas aku kahwin, aku dengan dia duduk atas bumbung kondominium kami dan hanya aku dan dia ditemani cahaya bulan serta bintang- bintang menghiasi langit malam. Pastu tiba- tiba lagu ‘U SMILE’ nyanyian Justin Bieber berkumandang. *Ohhh...aku tak suka JayBee, tapi lagu U SMILE ni memang best. Dah tu saja.* Sambung balik. Maka kami pun menari ala romantik gitu. :)




Ohhh...mungkin aku patut main hujan dengannya sambil menari dengan lagu ‘Stay’ nyanyian Maurice Williams and The Zodiac. OMG...mesti sweet gila2 kan. :)




Haaa...jap, jap. Mungkin aku patut duduk tepi pantai dengan dia sambil nyanyi lagu 'Let's Just Fall In Love Again' nyanyian Jason Castro. Yeaaa...bagus2. :)




Ehhh...aku tau, aku tau! Aku patutnya ajak dia mendaki gunung pastu bila kitorang sampai puncak cuaca tenang dan sejuk mata memandang. Ahhh...dan masa tulaa lagu 'Kiss Me' berkumandang. OMG...aku tak boleh berhenti senyum dah ni~~ :)





Ooooo...tak pun, sambil2 aku dengan dia santai2 di balkoni kondominium kitorang, aku dodoi dia dengan lagu 'L.O.V.E.' nyanyian Joss Stone. Ehehehehehehe....macamlaaa suara aku best sangat. Sekali dia dapat nightmare bila dengan nanyian aku yang hebat nih. :)


Haisshhh....kan best bila life kita pun ada lagu macam dalam drama2 yang selalu kita tengok kat TV tuh. Alaaa...korang tentu perasan kan setiap kali ada babak sedih...pekkk keluar laa lagu mendayu takat jiwang leleh. Bila babak gembira....tadaaaa keluar lagu ceria macam lagu Teletubies. Bila babak seram...jengjengjeng keluar muzik seram tak hingat. Kan best kalo real life pun macam tu. HA HA HA. OKlaaa sampai sini entri kali ni. Aku nak...nak...nak...errr...aku nak buat apa yang aku nak. Itu saja. Tata.


P/s: Siapa rasa lagu ni cute n cool? Sila angkat tangan dan goyang2kan pinggul anda. OK. Ohhh...jangan lupa turunkan tangan dan berhenti bergoyang pinggul apabila lagu ni habis. Aku tidak akan sesekali bertanggungjawab kalo pinggul korang terkehel kerana lagu ni. :)


Trimas :)