29 July 2011

Mahsa University College KL.

Assalamualaikum :D

 OK aku betul2 takde masa nak menulis blog panjang2. Maklumlaa line internet kat blok aku tinggal ni amatlah lembab. Aisehh...Btw aku still nak buat short story just in case korang nak tahu how's my life in campus. Hahaha...korang nak tahu ke? Eh, blog aku ni kan. Suka hati, limpa, paru2 aku laa nak tulis ke tak. Ahhh...apakah yang aku membuang masa ni? Straight to da point.

 24 July hari tu aku daftar masuk ke MAHSA UniCol. Berdebar + excited + sedih + gumbira semuanya ada laa. Tapi agak tak syokk bila kitorang sesat dan sampai lewat ke tempat pendaftaran. Walau apapun semuanya OK dan aku terus dimasukkan ke asrama aku. Penat woooo~ angkut barang2 naik ke bilik. Maklumlaa aku ni kan bawak 'satu rumah' aku ke sini. Anyway, thanks to papa n Kimi a lot coz sudi menolong diriku ini ; insan yang lemah lagi teraniaya. Eceh...berbahasa basi pulak aku. Luckliy aku dapat roomate yang OK, memahami dan baik2 sayang...eh, baik2 pekertinya. Sorang namanya Eja. Tangkak, Johor mari. Sorang lagi Awen gadis jati Sarawak. 
 1st day orentasi OK,OK laaa. Kitorang di bahagikan kepada 10 grup dan luckily aku sama grup dgn Eja. Haha...takdelaa awkward sangat. So, dalam grup aku tu terdiri drpd beberapa manusia yang diberi nama Wan, Mas, Pia, Yuna, Husna, Scha, KS, Mal, Woo, Ruven, Jamie, Ching, Sya, Eja, Shahir, Kalpana dan Kartini *maaplaa kalo aku tersalah eja nama diorang. Maklumlaa aku insan yang baru belajar. Hahah... Seronok jugaklah breaking the ice dengan kawan2 baru meskipun diriku ini kurang berkomunikasi dengan beliau2. Iyelaa...1st day. Semuanya masih baru.
 2nd day kitorang diberi peluang mengenal kawasan campus dengan game 'Treasure Hunt'. It was fun game dan kitorang dapat jawab semua soalan dengan tepat. Alhamdulillah. Then, kitorang ada debate which aku tak involve physically. Aku just bagi sikit idea untuk topik yg grup aku bakal debatkan. So, that's all utk 2nd day.
 3rd day banyak kepada talk n motivation laa. Just duduk dalam auditorium n enjoy the talk. Ekceli the simple n light talk. Takdelaa bosan sangat. Cuma adalaa sekali dua kepala bulat aku terhantuk ke kerusi depan mengantuk punya pasal. Sudahnya aku pasang earphone dengar various rock songs macam Avenged Sevenfold, MCR, Pink n so on, so on. Pastu kitorang ada xtvt ggrup which the task is to build a tower using a bundle of sticks. Haaa ambek ko! Bina menara guna pencucuk sate! Dahlaa masa cume dalam 45 minit jer. Jangan kata perah... kitorang siap ramas, gigit serta picit2 otak supaya idea keluar. Akhirnya we all ambek keputusan untuk bina sebuah menara ni yang pada pandangan mataku yang bercermin mata ni ; gaya macam rumah burung layang2. Tapi lantaklah kan. Janji ianya siap, kukuh dan ahhh...mudah. Hmmm...tapi nak buat camner takde rezeki grup we all utk menang. Ahh...tak kesah pun sebab aku rasa grup lain punya creation pun not bad n they deserved it.
 4th day was good. We all ada breif pasal various deparment kat campus. Dari library, hostel sampailaa ke laboratory semuanya diberi panduan. Pastu kitorang ada preparation untuk closing ceremony. Sampailaaa ke masa yang we all tunggu2 coz we all akan dibawa melawat campus mengikut diploma yang diambil. Aku ambil Diploma in Nursing which my campus is in Pusat Bandar Damansara. Kena naik bas. Yang tak syokk PBD agak menakutkan. Like penuh dengan warga asing. Macam aku ni foreign student pulak. aisehhh...amat menakutkan tahu. Kalau aku ni penguatkuasa, dah lama aku check passport. Hahhh, kompem2 PATI.
 5th day a.k.a. last day kitorang ada closing ceremony. After all semuanya not bad and aku enjoy semunya. Even tough grup aku which is grup no.9 tak menang the best grup...kitorang still enjoy the day. Yelaa...sekarang ni jer nak enjoy2...lepas ni nak kena concentrate pada study pulak. Aisehh...dah sediakah aku?
 Rasanya sudah. OKlaaa...penat sudah jari2 mulusku menari2 atas papan kekunci nih. So long n cuaca kat luar yang hujan lebat ditambah angin bertiup kencang membuatkan aku ingin kembali menyambung tido. Tata.

Trimas :)

20 July 2011

Assalamualaikum :D

 Ok, aku nak cepat update blog nih! Tengok. Nak cepat sampai aku malas nak tulis tajuk entri nih. Ah, apa kau kesah? Hmmm...aku dah settle-kan beberapa urusan penting sebelum aku lapor diri ka MAHSA UniCol hari ahad nih. Penatnyaaa kemain. Rasa macam nak guling2 atas katil puas2. Oh ya, aku dah beli hard disk yg 500GB tadi!!! Yeahhh...pasni bulehlaa aku download bebanyak movie ngan cik Rahil tu. Ahhhh...indah dunia. Currently aku tgh baca komik 'Maid Maiden' siri Monday hingga Thursday. Syokkkkk wa cakap sama lu! Belilaaa dan kompem takkan menyesal. Tak sabar tunggu Friday punya keluar. Rasanya Friday keluar time aku dah kat KL kot. Ahhh...agak2nya kat Damansara tu nanti senang tak aku nak dapatkan komik? Aishhh... larilaa collection aku nanti. Apalah nasib komik2 aku dirumah tu nanti bila aku dah kena further study kat MAHSA? Huwaaaaaaaa.... separuh jiwaku ditinggalkan di bumi Kuantan.
Dah tu saja aku nak tulis. Lain kali update lagi. Nak pergi memasak. Oh ya, buah durian dan buah manggis dari kebun aku memang best. Tak sia2 aku ber'gaduh' dengan kerengga kat pokok manggis tuh. :D Tata

Trimas :)

15 July 2011

Pecahkan Kaca Guna Sudu, Putus Cinta...What To Do??? :'(

Assalamualaikum :D

 Apakah perkhabaran rakyat jelata beta sekalian alam? Sehat2? Gebu2? Mantopp2? Bagusss. Kepada yang tak sehat bawak2 laa pergi makan ubat. Ahhh...tulis pasal tak sehat ni...aku pun tak berapa nak sehat jugak. Virus selesema memang dengki dengan aku. Time aku nak rileks2 nilaa virus ni sibuk nak menyerang aku. Huh, dasar PHD betol! Eh, kejap eh...kejap.
Sroootttt! Sroooottt!
 Baik, berbalik kepada topik hari ni. Aku pernah tengok situasi di mana betapa payahnya sesetengah kawan2 aku yang nak kembali normal setelah putus cinta. Memanglah aku tak pernah bercinta secara realiti *cinta cyber pernahlaa :), tapi aku amatlah tidak faham mengapa perlu kita meratap beria-ia perpisahan kita tu. Bukan ke setiap pertemuan itu akan menemui perpisahan dan setiap perpisahan itu pasti dijanjikan dengan pertemuan yang baru? Yang membezakannya cumalah cepat atau lambat. Well, aku tak mahu komen lebih sebab aku ber-tulis ni berdasarkan pendapat aku ; a-girl-who-doesn't-fall-in-love-in-reality-yet.
 Walau bagaimanapun, sebagai rakan yang prihatin, baik hati lagi berjiwa mulia *cheeeewaaahhhh, aku dengan ini menghadiahkan tips2 BANGKIT DARI KUIH BANGKIT PUTUS CINTA. Khas buat kawan2 aku yang sedang putus urat merih cinta. ^_____^

TIPS PUTUS CINTA   chiiiiiinnnngggggggg ~ ~


1. Menangislah sepuas hati. Habiskan 10 kotak tisu, luahkan segala yang terpendam dalam tangisan dan hembus sebanyak mana hingus yang korang nak. Ada sesiapa kisah? Tak.
2. Panggillah teman2 yang boleh dipercayai unuk korang luahkan masalah korang. At least, ia dapat mengubat kekecewaan yang bersarang dihati korang.
3. Berehat. Rileksss...take it eassssssyyyyyy...*lagu Relax, Take It Easy nyanyian Mika. Percayalah yang air mata dan termasuk juga mata korang pun nak rehat jugak. So, bila dah rehat sure korang akan tenang dan dapat lupakan si dia sikit2.
4. Luahkan pada ibu tersayang tetang apa yang dah berlaku. Sure beban korang akan kurang sikit coz nasihat ibu ni berbaloi. Ahh...jangan risau dilabel anak manja. Ibu korang, lantak koranglah kan?
5. Makan coklat. Ohhh...aku tak bertanggubjawab kalau korang jadik semakin gemuk, gebu dan montok. Thihihi..
6. Tonton drama atau filem komedi. Meskipun korang tak mampu tertawa, sekurang2nya hati korang bulehlaa senyum sikit. So, cepat pergi cari koleksi Mr. Bean, Tom n Jerry dll.
7. Selongkar balik almari, kotak dan bawah bantal untuk mencari koleksi gambar bekas kekasih. Haaa...pasti korang tahu 100% apa yang patut dilakukan bukan? Ya, tepat sekali! Koyak, bakar dan tabur abu gambar tersebut dalam longkang.
8. Tukar penampilan baru. Contohnya potong rambut pendek sikit. Tak pun cuba bergaya dengan pakaian atau trend baru. Kalau dulu masa bercinta kekasih korang tak suka korang pakai baju bunga2, lepas dah break up...korang cuba laa try pakai baju corak bunga2. Lagi best, korang gantung bunga2 segar dibaju korang tu. OK. Gurau.
9. Beli CD lagu2 rock pecah telinga. Contohnya band Avenged Sevenfold, Linkin Park,dll. Atau korang boleh dengar lagu ni berulang kali sampai korang lebih bersemangat waja. Ucaplaa thanks kepada Pink dengan lagunya SO WHAT! Yeahhhhhh...

10. Find new love! Kenapa tidak? Korang pun pasti ada impian untuk mendapat cinta sejati bukan? Jadi putus cinta bukanlah bermakna berakhirnya dunia. Jatuh cinta lagi...lagi2 ku jatuh cinta...aku jatuh cinta...pada di hensem bergaya/ cantik jelita! Lalalalalala....
11. Libatkan diri dalam banyak xtvt. Contoh kelas2 masakan. Percaya tak kalau aku cakap memasak buleh hilangkan stress? Percaya. Kalau tak takkan Chef Wan buleh masak sambil tersenyum.
12. Menari. Owhh...pastinya yang ini paling feveret korang. Maklumlaaah, korang ni kalau dah menari tak hengat dunia. Seakan2 dunia ini korang yang punya. Beli CD Shakira- Hips Don't Lie dan bergelek laaa sepuas2nya.
14. Lihat cermin kat rumah korang. Ya, lihat cermin itu dan korang nampak siapa? Pastinya diri korang sendiri kan? Lainlah kalau adik korang ada kat sebelah korang, sudah tentu refleksi adik korang turut terpantul dicermin tadi. Itu cerita lain. Sebab apa tengok diri korang kat cermin? Supaya korang lebih motivated dan lihat betapa cantiknya korang serta betapa ruginya bekas kekasih korang tu. Tapi jangan perasan lelebih pulak. Kang terkena penyakit SSS (Syok Sendiri Sindrom).
15. Beli punching bag. Lekatkan wajah bekas kekasih yang paling hensem pada punching bag tersebut. maka tumbuklah, terajanglah, smack down-lah dan buatlah apa saja asalkan korang puas hati. Lepaskan egala kemarahan pada  bekas kekasih meskipun sekadar di atas punching bag. His pictures deserved it! Haha
16. Beli belon pastu korang tulis segala kemarahan korang atas belon tu. pastu tiup dan ikat kemas2. Bawak ke tengah2 padang dan lepaskan. Ia seolah2 terapi melepaskan kemarahan dengan cara positif. Aku tak pernah cuba, tapi korang dipersilakan untuk merasmikan.
17. Banyak2kan berdoa kepada yang Maha Esa. MintaNYA kuatkan hati dan semangat korang untuk teruskan life seperti biasa. Juga mintaNYa kurniakan korang dengan insan yang jauh lebih baik dari bekas kekasih. AMin.
18. Baca kembali tips2 putus cinta aku seperti yang tertulis di atas ini. Hehe :)

Amacam? OKlah....aku mahu makan ni kawan. Lapar. Putus cinta ke, putus bekalan elektrik ke...makan jangan lupa. Kesihatan itu penting. Selamat bercinta kawan2. Tata.

Trimas :)

05 July 2011

Head Banging kejap, kejap jer ^^,

Assalamualaikum :D

Update lelaju. Ok hari tu aku jumpa lagu ni kat youtube. Sebab kan dah lama sangat aku tak dengar lagu ni, aku pun layan kejap. Rindu pulak nak tengok dimple cute M. Shadow. Thihihihi. Saper M. Shadow??? Haha. Vocalist band inilaa.. Band ape? Alahaiiii... band ini namanye Avenged Sevenfold kawan2. Baiklah... apa kata korang dengar lagu Bat Country by Avenged Sevenfold ni. Gue mau makan. Lapar donk! BYE!! :)



Trimas :)