15 July 2011

Pecahkan Kaca Guna Sudu, Putus Cinta...What To Do??? :'(

Assalamualaikum :D

 Apakah perkhabaran rakyat jelata beta sekalian alam? Sehat2? Gebu2? Mantopp2? Bagusss. Kepada yang tak sehat bawak2 laa pergi makan ubat. Ahhh...tulis pasal tak sehat ni...aku pun tak berapa nak sehat jugak. Virus selesema memang dengki dengan aku. Time aku nak rileks2 nilaa virus ni sibuk nak menyerang aku. Huh, dasar PHD betol! Eh, kejap eh...kejap.
Sroootttt! Sroooottt!
 Baik, berbalik kepada topik hari ni. Aku pernah tengok situasi di mana betapa payahnya sesetengah kawan2 aku yang nak kembali normal setelah putus cinta. Memanglah aku tak pernah bercinta secara realiti *cinta cyber pernahlaa :), tapi aku amatlah tidak faham mengapa perlu kita meratap beria-ia perpisahan kita tu. Bukan ke setiap pertemuan itu akan menemui perpisahan dan setiap perpisahan itu pasti dijanjikan dengan pertemuan yang baru? Yang membezakannya cumalah cepat atau lambat. Well, aku tak mahu komen lebih sebab aku ber-tulis ni berdasarkan pendapat aku ; a-girl-who-doesn't-fall-in-love-in-reality-yet.
 Walau bagaimanapun, sebagai rakan yang prihatin, baik hati lagi berjiwa mulia *cheeeewaaahhhh, aku dengan ini menghadiahkan tips2 BANGKIT DARI KUIH BANGKIT PUTUS CINTA. Khas buat kawan2 aku yang sedang putus urat merih cinta. ^_____^

TIPS PUTUS CINTA   chiiiiiinnnngggggggg ~ ~


1. Menangislah sepuas hati. Habiskan 10 kotak tisu, luahkan segala yang terpendam dalam tangisan dan hembus sebanyak mana hingus yang korang nak. Ada sesiapa kisah? Tak.
2. Panggillah teman2 yang boleh dipercayai unuk korang luahkan masalah korang. At least, ia dapat mengubat kekecewaan yang bersarang dihati korang.
3. Berehat. Rileksss...take it eassssssyyyyyy...*lagu Relax, Take It Easy nyanyian Mika. Percayalah yang air mata dan termasuk juga mata korang pun nak rehat jugak. So, bila dah rehat sure korang akan tenang dan dapat lupakan si dia sikit2.
4. Luahkan pada ibu tersayang tetang apa yang dah berlaku. Sure beban korang akan kurang sikit coz nasihat ibu ni berbaloi. Ahh...jangan risau dilabel anak manja. Ibu korang, lantak koranglah kan?
5. Makan coklat. Ohhh...aku tak bertanggubjawab kalau korang jadik semakin gemuk, gebu dan montok. Thihihi..
6. Tonton drama atau filem komedi. Meskipun korang tak mampu tertawa, sekurang2nya hati korang bulehlaa senyum sikit. So, cepat pergi cari koleksi Mr. Bean, Tom n Jerry dll.
7. Selongkar balik almari, kotak dan bawah bantal untuk mencari koleksi gambar bekas kekasih. Haaa...pasti korang tahu 100% apa yang patut dilakukan bukan? Ya, tepat sekali! Koyak, bakar dan tabur abu gambar tersebut dalam longkang.
8. Tukar penampilan baru. Contohnya potong rambut pendek sikit. Tak pun cuba bergaya dengan pakaian atau trend baru. Kalau dulu masa bercinta kekasih korang tak suka korang pakai baju bunga2, lepas dah break up...korang cuba laa try pakai baju corak bunga2. Lagi best, korang gantung bunga2 segar dibaju korang tu. OK. Gurau.
9. Beli CD lagu2 rock pecah telinga. Contohnya band Avenged Sevenfold, Linkin Park,dll. Atau korang boleh dengar lagu ni berulang kali sampai korang lebih bersemangat waja. Ucaplaa thanks kepada Pink dengan lagunya SO WHAT! Yeahhhhhh...

10. Find new love! Kenapa tidak? Korang pun pasti ada impian untuk mendapat cinta sejati bukan? Jadi putus cinta bukanlah bermakna berakhirnya dunia. Jatuh cinta lagi...lagi2 ku jatuh cinta...aku jatuh cinta...pada di hensem bergaya/ cantik jelita! Lalalalalala....
11. Libatkan diri dalam banyak xtvt. Contoh kelas2 masakan. Percaya tak kalau aku cakap memasak buleh hilangkan stress? Percaya. Kalau tak takkan Chef Wan buleh masak sambil tersenyum.
12. Menari. Owhh...pastinya yang ini paling feveret korang. Maklumlaaah, korang ni kalau dah menari tak hengat dunia. Seakan2 dunia ini korang yang punya. Beli CD Shakira- Hips Don't Lie dan bergelek laaa sepuas2nya.
14. Lihat cermin kat rumah korang. Ya, lihat cermin itu dan korang nampak siapa? Pastinya diri korang sendiri kan? Lainlah kalau adik korang ada kat sebelah korang, sudah tentu refleksi adik korang turut terpantul dicermin tadi. Itu cerita lain. Sebab apa tengok diri korang kat cermin? Supaya korang lebih motivated dan lihat betapa cantiknya korang serta betapa ruginya bekas kekasih korang tu. Tapi jangan perasan lelebih pulak. Kang terkena penyakit SSS (Syok Sendiri Sindrom).
15. Beli punching bag. Lekatkan wajah bekas kekasih yang paling hensem pada punching bag tersebut. maka tumbuklah, terajanglah, smack down-lah dan buatlah apa saja asalkan korang puas hati. Lepaskan egala kemarahan pada  bekas kekasih meskipun sekadar di atas punching bag. His pictures deserved it! Haha
16. Beli belon pastu korang tulis segala kemarahan korang atas belon tu. pastu tiup dan ikat kemas2. Bawak ke tengah2 padang dan lepaskan. Ia seolah2 terapi melepaskan kemarahan dengan cara positif. Aku tak pernah cuba, tapi korang dipersilakan untuk merasmikan.
17. Banyak2kan berdoa kepada yang Maha Esa. MintaNYA kuatkan hati dan semangat korang untuk teruskan life seperti biasa. Juga mintaNYa kurniakan korang dengan insan yang jauh lebih baik dari bekas kekasih. AMin.
18. Baca kembali tips2 putus cinta aku seperti yang tertulis di atas ini. Hehe :)

Amacam? OKlah....aku mahu makan ni kawan. Lapar. Putus cinta ke, putus bekalan elektrik ke...makan jangan lupa. Kesihatan itu penting. Selamat bercinta kawan2. Tata.

Trimas :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.