Assalamualaikum :D
Kawan memang ramai, dalam sekelip mata kita dapat ramai kawan. Tapi adakah kawan itu benar- benar ikhlas? Berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu. Tapi mengapa susah sangat kita berjumpa dengan kawan sejati di antara beribu kawan yang kita ada? Mengapa keikhlasan dalam berkawan itu sering diragui dan dipersoalkan? Sebabnya... dalam berkawan ini banyak pancarobanya. Aku berani jamin tak ada insan- insan di luar sana yang berkawan selama bertahun- tahun dan hubungan persahabatan mereka sentiasa tenang. Tak ada pergaduhan, tak ada perselisihan faham. Semuanya smooth n silky macam pakai syampu Sunsilk. *Maaf ye, promosi syampu kejap!* Kalau ADA! Okey, kalau ada... itu tandanya persahabatan itu dibina atas dasar plastik atau ayat lainnya masing- masing HIPOKRIT. Dah namanya sahabat, sudah tentu kita nak tahu semuanya tentang sahabat kita. Nama penuh, umur, no. telefon, alamat rumah, nama mak ayah, makanan feveret, tarikh lahir dll. Menjadi satu kebanggaan tahap Piala Thomas jika kita dapat menjawab semua soalan berkaitan sahabat kita itu dengan baik sambil pejam mata saja. Menjadi lebih indah kalau kita tahu sikap sebenar sahabat kita, baik buruknya dan kelemahan serta kelebihannya. Baru ada warna- warni dalam persahabatan. Sesekali kita boleh berkongsi pendapat, boleh mendebatkan persoalan yang timbul, boleh berselisih faham dan boleh bertikam lidah. Barulah thrill sikit! Namun kita harus ingat, selepas semua itu...kita harus bermuhasabah diri. Lihat kembali kelemahan kita dan kelebihan kawan kita. Beranikan diri untuk memperbetulkan kesilapan dan menyebut 'magic word' kepada kawan kita. Apa? Tak tahu apa itu 'magic word'? Sahlaa korang ni kodok di bawah tudung saji! M.I.N.T.A M.A.A.F atau dalam bahasa Inggerisnya S.O.R.R.Y. Juga boleh disebut D.E.S.C.U.L.P.E dalam bahasa Portugis. Manalah tahu korang nak unik sikitkan? Dalam bahasa- bahasa lain juga boleh. Sila Google sendiri ya! So, begitulah kawan! Dalam berkawan kena ada pasang surut. Kena ada tawa tangis. Kena ada gurau senda. Barulah penuh warna. Ini balik, balik hitam putih aja. Kalah filem P. Ramlee. Lepas ni, jumpa saja kawan terus peluk dia kuat- kuat *jangan sampai dia mati kelemasan pulak. Aku tak bertanggungjawab!*, ucapkanlah "Terima kasih sebab sanggup kawan ngan aku yang brutal, kuat makan, kuat tido, kasar, dan kadang- kadang bau busuk ni! Aku saaaaaaaaaaaaaayanggg ko banyak- banyak! Demi meraikan kesudian ko menjadi sahabat dunia akhirat aku, aku belanja ko ais kosong!" Ya, dengan cara ini sudah pastinya sahabata korang itu akan tersentuh silap- silap boleh terjelupuk, terharu dengan kata- kata korang tu. Akhir kata, sayangilah kawan- kawan korang sekalian.
Trimas :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.