30 June 2011

Cinta si Celik pada si Buta :')

Assalamualaikum :D

 Aku takde masa sangat ni! Nak kena pergi mandi lagi, nak pakai baju pulak lepas tu. Kemudian nak siap2 masak untuk dinner malam ni. Hrrrrmmmm....rasa macam nak cuba resepi ayam masak merah, sayur kobis masak lemak dan goreng semangkuk papadom. Ummmm...wallllllaaaa~~ Eh, sory dah buat air liur korang terleleh-leleh pulak :D Oh, tak lupa juga se-jug fresh orange *maklumlaaa buah orange yang mama beli kat Chow Kit berlambak2 sampai bukak jer peti juling bijik mata aku dengan ke-orange-annyerr~
 OK jap, apakah yang sedang beta melalut ini wahai rakyat2 sekalian alam? Sebenarnya aku cuma nak share kan satu story ni. Aku jumpa kat FB. Bagi aku citernya simple tapi soooooo touching. Kalau akulah kan dapat boifren yang begitu pemurah dan pengasih macam si beliau dalam citer di bawah ni, kompem aku cinta sampai mati :')

----> There was a blind girl who was filled with animosity and despised the world. 
She didn't have many friends, just a boyfriend who loved her deeply, like no one else. 
She always used to say that she'd marry him if she could see him.

"One day, when i can see u, i promise to be your bride. I love u." 
Suddenly, one day someone donated her a pair of eyes… 
And that's when she finally saw her boyfriend… 
She w
as astonished to see that her boyfriend too was blind…

"So, u are blind? Why didn't u tell me before?"
He told her, "You can see me now, can we get married?"
She replied, "And do what? We'd never be happy. I have my eye sight now, but you're still blind. It won't work out, I'm sorry. We should just find our own way."

With a tear in his eye and a smile on his face, he meekly said, "I understand. I just want you to always be happy. I'll love u forever, remember. Take a good care of yourself,...oh, and my eyes too." 

Her boyfriend walk away slowly leaving her in shock and regret.

Haaa... terharu tak? Terharu tak?Baikkan boifren dia? Tapi mmg dasar gelfren yang cakap tak serupa bikin laa kan. Konon bila buleh tengok nak kahwin dengan boifren dia yang satu tu. Last2, tak sanggup pulak bila tengok boifren dia pun buta jugak. Hellooo...si gelfren, ingatlah yang kau pun pernah buta. Kan dah nyesal bila dapat tahu betapa cintanya di boifren tu pada kau hingga sanggup dermakan mata dia pada kau. Dua2 belah pulak tu. >:O Eh, aku pulak yang marah lelebih. Thihihi...sory emo. OKlah, chiowww. Aku nak melaksanakan perkara2 yang mula2 aku sebut tadi. Byeeeee~

Trimas :)

26 June 2011

Kapal Terbang Kertas

Assalamualaikum :D

 Hari itu aku tidak mempraktikkan frasa 'Masa Itu Emas', apabila aku menghabiskan masa dengan 'menziarah' blog2 orang lain. Huhu :) Well, terdapatlah satu blog ni yang menarik perhatian aku. Blog ni pasal kisah hidup seorang gadis ni. It's like life journal budak perempuan nilaa.  Aku pun bacalah sikit post2 budak ni. Memang banyak kisah sedih. Tapi adalah dalam 2,3 post yang menggembirakan.  Namun begitu, dalam banyak2 post tu, aku agak terkesan dengan post yang satu ni. Post ni membuatkan aku tertanya- tanya, "Betulkah ini?", "Abang jenis apa ni?"
 So, aku pun nak kongsilaa dengan korang. Hmmmm….

---> Kapal Terbang Kertas

 Pernah tak kau orang rasa nak terbang sebebas- bebasnya? Tak payah sayap, tak payah payung terjun, tak payah apa- apa pun. Kau orang just depakan tangan, pejamkan mata dan just terbang tanpa haluan. Aku pernah. Aku nak sangat. Hari tu aku gaduh besar dengan so-called 'abang' aku tuh. 19 tahun aku hidup, tak pernah aku INGAT yang aku ada abang. Serius. Kau fikir, ada ke abang yang mengajar adik PEREMPUANnya menonton filem lucah? Abang jenis ape tuh? Seingat aku, masa tuh usia aku baru 7 tahun. Tapi akal budak 7 tahun manalah panjang sangat. Ikut saja apa yang abangnya suruh. Sampailah bila usia aku meningkat 11 tahun, barulah aku faham maksud filem lucah tuh. Betapa berdosanya diri aku selama itu sebab tak melarang malah turut sama menonton filem lucah tersebut. Namun ALHAMDULILLAH aku tak pernah terlanjur dengan syaitan bertopengkan manusia tuh. But since then, aku semakin jauh dengan dia. Aku hidup tanpa perlukan sikit pun kasih sayang so-called abang tuh. Aku ada mak, ayah dan adik. Aku tak perlukan ABANG. Aku boleh hidup bahagia. Buktinya selama aku hidup hingga hari ini aku tak perlukan perhatian dia. Aku masih hidup dan sihat. Pernah SEKALI, aku mengalami kesusahan. Aku tak ada pilihan melainkan meminta bantuan ayah. Tapi ayah aku menyuruh abang aku menyelesaikan masalah aku. Diulangi AYAH aku yang suruh. Aku TAK pernah mintak. Hasilnya, sampai ke hari ini dia dok ungkit dan ungkit dan ungkit dan ungkit bantuannya yang tak seberapa tuh. Kau fikir, abang apa macam tuh? Mengungkit pertolongan yang diberi walaupun pertolongan tu dahlaa tak seberapa, SEKALI jer pulak tuh. Nak mengaku 'abang' aku konon? Kau nak aku ungkit 'pertolongan' yang dah aku buat selama ni pada dia? Nak? Baik. Siapa basuh baju, seluar termasuk seluar dalam dia? Siapa masak makan malam? Siapa basuh pinggan mangkuk? Siapa sidai baju? Siapa lipat baju? Siapa yang kena selalu beralah? Siapa? Siapa? Siapa? Jawapan yang mudah. AKU. Sebab aku kan perempuan, aku kan adik, aku kan lemah, aku kan PATUT dibuli. Mari aku bagitau kau apa rutin dia. Dia bangun pukul 10 pagi pergi kerja. Balik jam 11 malam, melantak pastu tinggal sisa2 makan untuk AKU bersihkan.  Bila ada sesi mengemas rumah, dia cepat2 angkat kaki sebab dia fikir yang adik PEREMPUAN dia yang SORANG ni boleh buat semua kerja. Aku cakap kat kau, dialah salah satu penyebab kenapa aku benci LELAKI. Satu- satunya lelaki yang aku RESPECT cuma AYAH. Kau tahu, ayah tak pernah naik tangan kat aku sesuka hati melainkan aku betul2 dah melampaui batas. Tapi syaitan bertopengkan manusia nih, suka2 naik tangan dengan alasan ; ABANG. Kau orang tahu, dia menangis bagitau aku yang selama ni aku tak pernah fikir yang dia dok risau kat aku, ambik berat pasal aku, tak kasi aku belajar jauh2 sebab risau aku tak pandai bawak diri. Untuk seorang lelaki yang selama ni tak pernah kisah akan hidup aku, makan minum aku… bagi aku, air mata tu cuma penagih simpati jer. Dia risaukan aku? Heh, pernah dia ada waktu aku kena kacau dengan budak2 lelaki kat bus stop? Pernah dia duduk dan tanya aku apesal aku bersikap kasar dan ganas? TAK PERNAH. So, STOP mengaku abang dan mintak hak2 sebagai abang kalau kau tak boleh jadi seorang abang!!! Jangan sesekali pernah gunakan alasan sebagai abang untuk naik tangan ke atas aku coz memang TAK LAYAK LANSUNG!!! Fine, mulai DETIK ini, aku BERSUMPAH kau bukan lagi ABANG aku. So, stop acting yang kau tuh abang aku. Pergi mati dengan hidup aku. Apa kau kesah? Aku HARAMkan kau makan hasil tangan aku! Aku HARAMkan kau jejakkan kaki ke KUBUR aku! Kau dan aku putus saudara. Aku TAK ada abang macam kau! Ohhh… in fact, aku pernah ade abang ke? Tettt…jawapannyer tak. So, pergi jahanam dengan hidup kau! Jangan kau sesekali sibuk pasal hal aku. Aku nak mati ke, hidup ke…kau apa kesah! SAMPAI MATI AKU TAKKAN MAAFKAN KAU ATAS AIR MATA AKU YANG MENGALIR HARI INI!!! SAMPAI MATI!
 Sebab itu aku nak jadi kapal terbang kertas. Bebas ke mana sahaja. Terbang mengikut haluan angin tanpa sebarang masalah. Bebas meluahkan masalah tanpa hiraukan orang di sekeliling. Bila hujan turun, tamatlah riwayat kapal terbang kertas bersama air mata yang ditenggelami hujan. Dan tiada siapa yang tahu. Dunia tak akan runtuh hanya disebabkan tamatnya riwayat sekeping kapal terbang kertas. Itulah aku.    <--------------

 p/s: Aku dah pun mintak nak share post dia ni kat blog aku. Huhu. :')

Trimas :)

Aku Rindu Sayang Mereka :')

Assalamualaikum :D

'Kan ku berikan semua… agar kau gembira sentiasa… engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri.
Jangan disimpan tiada rahsia… katakan saja ku terima…  engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri.
Waktu duka dulu kita lalui bersama… pagi yang bagaikan malam ditemani bintang terang… hancur hati bila kau undurkan diri… meninggalkan daku… meninggalkan daku sendiri.
Senyuman manis dibawa angin… ku tunggu dikau terasa dingin… engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri.'

Opppsss…ewah, ewah kau. Putus cinta ke? Eh, eh…sejak bila hang dok bercinta nih? Awat tak habaq kat cheq? OK ni bukan soal putus cinta ke, putus urat merih ke. Ini soal aku dan sisters DBS.

 Kalau nak di-story kan persahabatan kitorang ni, mahu 2,3 page. Kang tak pepasal korang juling bijik mata asyik dok baca history friendship kitorang. Tapi kan, ada aku kisah? Blog aku. Lantaklah aku nak tulis hapa. *riak sekejap*

Ekceli aku ngan Da Bullat's Sisters as known as DBS ni dah masuk 5 tahun. Siryes cakap, bukan senang kami nak kekalkan kawankapal kitorang ni. Maklumlah, sudah menjadi adat resam pantang larang nenek moyanglaa yang dalam setiap friendship akan ada cabarannya. Suka, duka, tawa hilai, nanges leleh, gaduh2 manja and bla, bla, bla, bla, bla… musti ada punyalah! Tapi semua nilah yang melengkapkan kami semua.

 For GOD sake, memang susah nak handle friendship DBS ni. Well, kitorang berlima. Datang dari keluarga yang berbeza, sikap yang berbeza dan gaya hidup yang berbeza. Memanglah kitorang sebangsa dan seagama, tapi cara kitorang dibesarkan berbeza mengikut keluarga. Sometimes kitorang gaduh atas sebab yang remeh- temeh. But sometimes, perkara yang remeh- temehlah yang mencetuskan hilai tawa kitorang.
Boleh ke korang kekalkan persahabatan korang jika ; seorang jenis tak ada perasaan, seorang jenis tak tetap pendirian, seorang jenis emo tak tentu pasal, seorang jenis sensitif tak hingat dan seorang jenis blurrr???? Jawapan aku : BOLEH! :) Sebab, walaupun aku tak ada perasaan, aku boleh sabar dengan kerenah diorang. Sebab, walaupun Rahil tak tetap pendirian, dia boleh menceriakan hari2 kitorang. Sebab walaupun Belack emo tak tentu pasal, dia sentiasa melengkapkan kitorang. Sebab walaupun Lynn sensitif tak hingat, dia sentiasa memahami kitorang. Sebab walaupun ZP blurrr, dia sentiasa bersama kitorang. Huhhhhh…huuhuhhhhh…..lelah aku! Jap, jap….rehat 5 minit.

*15 minit berlalu*

 Macam biasa, pabila usia kian meningkat...makin banyak cabaran dan dugaan akan ditempuhi. Kami masing2 akan membawa diri demi mencapai cita2 masing2. Maklumlah... seorang bakal JURURAWAT, seorang bakal ENGINEER, seorang bakal GURU @ AHLI KAJI CUACA, seorang bakal PENSYARAH dan seorang lagi errr...masih kompius. Huhu. Walau apapun, semoga kami semua dapat mencapai cita2 dan impian kami dan suatu hari nanti pasti akan tiba di mana kami semua dapat berjumpa kembali. :')
After all, aku teramatlah sayang unni n dongsaeng2 aku ni!!! Semoga kita akan terus bersahabat hingga akhir hayat yep kawan2. I lebiu :')

p/s : Dear Allah, ku mohon padaMu agar kekalkan persahabatan kami, redhailah hubungan kami dan jauhkanlah kami dari kesesatan. Dear Allah, bantulah kami agar persahabatan yang terjalin indah ini akan kekal selamanya. AMIN.

Trimas :)

Gamitan Pantai Sepat

Assalamualaikum :D

Hari itu kan, aku pergi menenangkan diri ke Pantai Sepat (PS). Tak adelah menenangkan diri sangat, sekadar bercuti2 Malaysia ajer. Best memang best. Best giler sampai kulit hitam manisku bertukar semakin hitam hingga digelar hitam legam.

 Mulanya aku fikir tak nak menjejakkan kaki ke pantai. Maklumlah, nak jaga kulit. Aku siap tak bawak baju tambahan lagi bagi membuktikan yang aku TAK AKAN jejakkan kaki ke air laut. Sampai PS, aku tolong Mama keluarkan barang2 picnic dan duduk lepak2 dikerusi malas yang Mok Cik bawak. Tiba2 sepupuku, Ada mengajakku ke tepian pantai. Aku memberikan alasan yang aku tak mau berbasah- basahan. Nanti kena tangkap basah. Ololololo…aku gurau jep!
 Setelah puas dirayu ibarat cerita Ibu Mertuaku, aku mengalah. See, aku ni baik tau! Aku pun ber-posing bagai ditepian laut tu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sebab takut hitam *tak sedar diri yang aku dah semangnya hitam manis*, aku pun pakailah satu topi koboi nih. Cun giler siot! Bukan aku yang cakap, Ada ni yang cakap. Kalau dia menipu, dia yang berdosa. Lalalalalala~~~

Nak di-short-story-kan cerita, entah dari mana Mok Cik aku muncul lantas tubuh tinggi lampaiku di tolak ke dalam lautan. Owhh…bestnyer! Tak sangka aku, sejuk gak air laut ni kan. Ahhhh…enaknya ku rasa!  Lantas ku berenang dengan asyik sambil sesekali bermain water splash bersama2 sepupuku dan Mok Cikku. Usai  bermandi- manda, aku membuat pandangan tajam ke arah Mok Cikku.
"Abes, nak balik pakai ape nih? Orang tak bawak baju sehelai pon," ujarku sambil bercekak pinggang.
Mok Cik aku dengan selamba tahap timba, memberikan aku sehelai kain batik lalu dia berjalan ke arah keretanya. Aku termangu seperti cipan pertama kali mengenal burger. Dalam hatiku terdetik, aisshh… agak melampau gurauan beliau. Ada ke aku patut pakai kain batik jer.
 Sangkaan aku meleset pabila memang betul aku terpaksa memakai kain batik semata2. Adesss… hawau betul beliau!

 So, akhirnya kami pun balik ke rumah masing2. Aku yang datang ke PS smart2 dengan baju T-shirt warna hijau, sepasang jeans dan tudung hijau muda terpaksa pulang dengan kain batik, sehelai T-shirt saiz XL berwarna coklat dan sehelai tuala berwarna merah menyala sebagai pengganti tudung. Sumpah aku tak keluar dari kereta hinggalah Papa park kereta betul2 depan pintu pagar rumah. Sampai2 jer, aku terus berlari- larian ibarat Watson Nyambek menuju ke bilik aku untuk tukar baju. Haiiissshhh… pengajarannya ; bawalah baju berlebihan apabila ke pantai.

Trimas :)

Anime Award *khas buat peminat anime shj

Assalamualaikum :D

Hari itu aku ada terbaca di sebuah blog tentang anime. Diorang buat vote untuk anime kegemaran diorang. Mostly diorang vote for the hero laa. So, aku pun tak nak ketinggalan untuk mem-vote hero kesayangan aku. Hehehe… And the awards go to :

  1. Zero Kiryuu -  Aku mula minat Zero ni masa aku tengok DVD 'Vampire Knight' yang aku pinjam dari Rahil. Siryes, korang kena tengok cerita ni dan korang pasti tak akan menafikan yang kalaulah wujud vampire macam Zero ni, confirm korang rela serahkan darah korang tanpa paksaan. Ehehehehehe ;)

  1. Usui Takumi - Aku mula kenal Usui ni masa tengok anime 'Kaichou Wa Maid-sama' kat AnimeCrazy.net. Well, aku rasa Usui ni seorang yang baik hati sebab dia selalu tolong heroin walaupun si heroin tu tak suka dia. Pastu dia ni kira macam hero hindustanlaa coz selalu ada time heroin tu dalam kesusahan. Hehe.  Kuch, kuch hota heiii~~

  1. Storm - Ekceli aku tak pernah tengok Final Fantasy. Tapi aku kenal Storm ni melalui bestie aku si ZP. First time die tunjuk kat aku gambar Storm ni, aku dah jatuh hati. Tapi Zp ni cakap yang Storm sebenarnya putera yang jahat. Hulamaakkkk… PUTERA! Ahhh…jahat ke mama, mama papa jahat ke, aku tak kira! Yang aku tahu, Storm ni handsome. OK, bye!

  1. Frau - Yang ni pulak aku start jumpa dalam anime '07 Ghost'. Frau ni seorang bishop kat sebuah gereja ni. Dialah menjadi penyelamat dan pelindung hero dalam anime ni. Walaupun dia bukan hero, bagi aku dia tetap true man! Wahahahahaha! Watak dia ala2 split personality gitu coz sometimes dia gila2 @ macam budak2. But sometimes dia serius dan dengan hanya pandangan mata, semua orang yang melihat jadi takut. Huhu. Hebatkan? Hebat kan?

  1. Hatake Kakashi - First hero anime yang telah membuatkan aku terus jatuh cinta dengan dunia anime. Aku mula minat Kakashi ni since aku darjah 6 lagi. Masa tu tengah femes cerita Naruto yang sekarang ni dah di up-grade menjadi Naruto Shippuden. Bagi aku Kakashi ni seorang gentlemen  yang suka mengambil pendekatan bertenang dari rushing. Sikapnya tenang saja tapi kalau dia mula berlawan, nah…ambek ko! Kehebatannya kemain! Sampai sekarang pun Kakashi masih tetap hebat. Ohhh…I luv Kakashi  ;*

Oh ya, aku tak ikut susunan pun. Aku main bantai jer bubuh nama2 hero anime ni mengikut suka hati aku.

Trimas :)

23 June 2011

Terapi yang BAIK :)

Assalamualaikum :D

 Korang pernah dengar pasal terapi tak? Pernah tak? Pernah tak? Kalau menurut profesor Wiki, 'Terapi atau Rawatan, adalah cara untuk mengembalikan tahap kesihatan seseorang itu ke normal, kebiasaannya terapi dilakukan mengikut diagnosis. In the medical field, it is synonymous with the word "treatment".'


 OK aku pernah dengar yang lain orang, lain terapinya. Macam yang aku dah tulis kat atas, semua terapi dibuat berdasarkan diagnosis pesakit. Contoh, kalau patient ada sakit mental...beliau akan dipertemukan dengan pakar psikiatri. Kalau patient tu ada sakit sendi atau patah tulang ke...beliau akan dipertemukan dengan pakar fisioterapi. Dah paham? Bagusss...


 Errr...ekceli motif aku tulis post ni just nak cakap yang sebenarnya MENANGIS pun adalah satu terapi. Aku tak tipu sebab aku dah hampir 5 bulan cuba terapi nih. Ohhh...ini tak bermakna selama 5 bulan ini aku cuma menangis sahaja OK. Banyak lagi perkara perlu aku buat selain menangis tak tentu pasal nih. Well, aku nak tanya...bila korang kehilangan something@someone yang paling korang sayang, ape korang buat? Bila korang gagal dalam sesuatu perkara, apa korang buat? Bila korang rasa sedih, apa korang buat? Mostly the answer is MENANGIS kan? But sometimes, bila korang nangis...ade jerrr suara2 yang memujuk," Dahlaaa nangis tuh. Buruk rupa kalo nangis banyak2 nih. Lagipun nangis ni untuk orang yang lemah, yang tak kuat."
 Ekceli kosong markah untuk si polan yang berkata- kata demikian. Aku bagi tahu korang... kalau rasa nak nangis, MENANGIS SEPUAS HATI sampai terhingut2 bahu, meleleh2 hingus, berbaldi2 air mata dan habiskan sedozen kotak tisu. Yang penting, lakukan apa yang aku cakap tuh dalam masa satu hari SAHAJA.


 Why? I tell u why. Sebab bila korang dah menangis sepuas hati, ia ibarat korang dah lepaskan semua masalah@kekusutan jiwe dalam diri korang. So, bila korang bangun keesokan harinya ia ibarat korang lahir dalam dunia baru. Korang akan otomatik blajar dari kesilapan lalu supaya korang tak akan ulangi ianya buat kali kedua. Ada paham? Bagi orang macam aku ni, yang sokmo buat kesilapan...terapi menangis adalah yang terbaik. Aku lepaskan semuanya dalam tangisan supaya aku buleh bangkit semula untuk perbaiki kesalahan aku. Biarlah orang nak cakap aku ni muke cool tapi dalam hati ada taman bunga ros skalipun. Yang penting, aku dah buat silap dan aku mahukan perubahan.


Trimas :)

19 June 2011

SELAMAT HARI BAPA!

Assalamualaikum :D

 Happy Father's Day! Haaa...korang dah wish ke ayah @ babah @ bapak @ papa @ daddy @ apa sajalah gelaran insan yang telah banyak menabur jasa pada korang? Dah? Bagusssss. Apa? Belum?! Deyyy... setahun sekali jer Father's Day tau. Kot ya pun busy...prihatin laa sikit. Selagi korang masih ada ayah terchenta baik korang hargai betol2. Kang bila dah tak dok, nyesal tak sudah.
 Sempena Hari Bapa ni, aku nak coret2 sikitlaa mengenai insan yang bergelar bapa ni. Korang pernah tak terfikir yang sebonarnya, si bapa ni jauh lebih sensitif dari si ibu? Haaa...memanglah tak semua bapa begitu. Tapi hampir 80% bapa di dunia ni memang sensitif. Cuma yelaaa...dah namanya lelaki. Sensitif mana pun, ego mengatasi segala- galanya. Faham2 jelaaa yang lelaki dengan ego mereka. Ego di sini tak ada kena mengena lansung dengan skuter jenama EGO yep.
 Korang tau tak setiap kali korang berjauhan dengan family, orang yang akan selalu mengingatkan ibu korang supaya tepon korang ialah ayah korang. Bila korang kena belajar jauh2, ibu akan nangis selok2 sampai terhinggut2 bahunya. Ayah mantain cool tapi dalam hati risau, sebak dan macam2 lagi perasaan berkocak. Sebab apa ayah tak tunjuk? Sebab, ayah kan tabah, kuat. Beliau kenalah tunjuk ketabahan dan kekuatan beliau agar korang tenang dan berani untuk melangkah ke hadapan. Bila korang bawak balik kawan, especeli kawan lelaki. Ibu kompem masak lauk2 best.Nak tunjuk skill laa katakan. Tapi ayah, toksah cakap. Setapak jer kaki kawan korang tu melangkah, muka paling cool di dunia di tunjukkannya. Mahunyer tak, maklumlaa anak dara bawak kawan lelaki datang melawat keluarga. Sebenarnya kan, saat korang sudah mula berbahasa basi dengan ibu dan ayah korang tentang seseorang lelaki, ayah dah siap2 mencari yang terbaik buat korang. Segala macam aspek di teleknya. Maklumlaa... tempatnya sebagai pelindung korang bakal diambil alih oleh insan yang bergelar suami.
 Kalau korang perasan, bila korang cakap nak kahwin...orang paling gumbire of coz ibu. Kenapa ayah tenang jer? Haaa...ini sebab beliau penat memikirkan sama ada layak ke idok, buleh ke idok, pandai ke idok bakal suami korang tu nanti jaga kkorang, lindungi korang macam yang dia buat selama ni. Haaa...amek ko! Aku dah melalut sampai masuk bab kahwin pulak.
 OK, kenang kembali zaman comot2(kanak2) korang dolu2. Ingat tak yang korang sibuk jer nak beli itu, nak beli ini. Jiran sebelah ada barbie, korang pun nak barbie. Jiran sebelah beli patung beruang saiz XL, korang nak patung beruang saiz XXL. Jiran sebelah beli kereta kebal mainan, korang nak kereta kebal yang real. Macam2 laa korang *sama jer dengan aku! :D Korang merengek2, berguling2 malah ada juga yang mengesot2 supaya ayah korag belikan. Tapi sometimes ayah korang berdegil jugak taknak beli. Kenapa ek? Haaa...sebab beliau taknak korang terlalu manja. Sebab bila dah manja korang taknak berdikari. Sebab bila korang taknak berdikari macam mana korang nak melalui hari2 yang mendatang dalam hidup korang kelak?
 So, sedikit sebanyak korang dah nmpk kan yang ayah ni sememangnya lebih sensitif dari ibu. Cuma bezanya si ibu akan sentiasa tunjukkan tahap ke-sensitif-an beliau, manakala si ayah pula lebih suka bersikap tenang walhal dalam hati bagai nak meletup risau akan diri korang. Akhir kata, sayangilah ayah korang! Selagi ayah korang masih bernafas di atas muka bumi ni, ucapkanlah yang korang sayang ayah korang hari2.
 OK, selamat ber-enjoy Father's Day korang dengan ayah korang yep! Chiowwww.
Opppssss...aku SAYANG PAPA! Ur my HERO, encik MUSA BIN HAJI ATAN. *sory thn ni takde hadiah. huhu :')

Trimas :)

16 June 2011

Biler lapar, semua pun jadik!

Assalamualaikum :D

Hari tu kan... "Aduhhh....perut ku lapar gedik2. Tak tau nak melantak ape!" Jeritan batinku memecah suasana. Serius. Aku tak berdo'oh (tipu). Perut bulatku sememangnya lapar giler. Bukan setakat mengalun irama dangdut mahupun rock ala2 Ella. Tapi ini sudah masuk line lagu Bat Country by Avenged Sevenfold! Dasat tak? Dasat tak? Yeaaa...aku tau aku over. Well, aku mmg suke over acting. Ape ko kesah?

 Lapar yg teramat sgt ni mendorong aku mengesot2 macam Suster Ngesot ke arah dapur. Dengan malas2 aku mencari segala hapa makanan yang ada dari dalam peti hinggalah kabinet dapur umah. Hampeh tol! Takde yang menarik lansung. *cheeehhh...dan, dan jer memilih XD

 Lalu terjumpalah aku dengan si dia yg lebih glamer digelar megi MAMEE perisa sayuran. Dengan dasatnya aku merobek plastik pembungkusnya dan merendamnya dalam air panas. Sambil dok tunggu megi tuh masak, aku teringat yang megi kan ade MSG. Bukan singkatan kepada messege atau Mak Suke Gula, tetapi Monosodium Glutamate atau name kampungnya perasa tambahan. Cissss...time2 gini sibuk jer aku nak fikir tentang msg ni. So, dengan ligatnya kepala otakku ni berputar. Mencari2 resepi ekspress agar aku x payah gune msg nih. Namun bak kata pepatah, 'perot lapor, otok pon kosong' (pandai2 aku jer...). Lalu terpandanglah aku akan sebotol sos tomato n kicap Jalen. Ape lagi, aku pun toskan megi yg aku rendam tadi pastu letak dalam pinggan bulat. Pastu aku gaulkan dengan sos tomato n kicap cap Jalen tadi. Utk menambahkan ke-best-an, aku tabur sikit bawang goreng dan taugeh. Perghhhh....best wa cakap sama lu~
 Maka, berbahagialah perot aku. Hehe


p/s : Jika korang ingin mencuba resepi ini, dialu2kan. Tapi dengan syarat, cubalah resepi ini pabila korang benar2 lapar ala2 lagu Bat Country by Avenged Sevenfold. Huhu :]


Trimas :)

13 June 2011

XPDC Gunung Tapis :)

Assalamualaikum :D

 Aku yang benar, sebenar- benarnya *berapa banyak benar daa...*, tak tau nak tulis ape. So, agak cambest tak kalo aku tulis pengalaman aku time mendaki Gunung Tapis (GT)? Lantak koranglah nak bace ke idok. Ambo menulis ajo. Dah blog ambo, korang ape kesah kan?? kan??

 The story begins on 8 Jun 2011 a.k.a. hari Rabu lepas. Papa aku buat satu team ni, ala team suke2 jiwa jer nak mendaki GT ni. Memulanya kemain beliau kabor dekat 30 orang nak pergi. Last2, plepekkkk... 20 orang jer yang join. Aku sikit pun tak heran coz yang penting aku dapat komisen jadik guide. Huhu. Mata duitan sungguh aku! Team kali ni agak best laa coz hampir semuanya aku dah kenal time naik Gunung Tahan dolu. 1st day, papa suh aku jadi guide. Maklumlah, dalam 20 orang yang join pendakian nih cuma family aku jer yang pernah naik. Papa nak jadi sweeper, mama tak brape ingat jalan and Kimi errr....masih budak2. Untuk 1st day semuanya berjalan dengan lancar. Cuma walaupun kitorang sampai awal kat kawasan perkhemahan, kitorang takleh rileks sangat. Hujan plakk tetiba. Macam cipan kudung kitorang dok pasang khemah *ekceli diorang, aku nengok ajer. hehe*
 Malam tu aku tido satu khemah dengan Kak Farah n Kak Tini. Punyalah takot sejuk, aku siap sarung stokin, pakai windbreaker n berselimutkan sleeping bag lagi. Entah mengapa, tanpa ku sedari rupanya panas hingga ke malam hari! Lepas satu per satu aku tanggalkan. Mula2 sleeping bag, pastu windbreaker last2 stokin. Pun bahangnya masih terasa hingga membuatkan aku terfikir, banyakkah dosaku? ececehhh... Aku pusing kiri, aku tengok cam syokkk tahap gaban jer kak Tini bergolek. Aku pusing tang kanan, cam syokkk tahap cipan jer kak Farah berdengkur sakan. Aku ni plakk terkebil2 macam cicak baru telan kuih donat.
 2nd day... pun papa still suruh aku jadi guide. Aku setuju jer coz perjalanan utk hari kedua ni tak adalah tough sangat.Cuma bila masuk jer tang Trek 2000, aku mengundurkan diri. Aku dengan bangganya menjemput papa menjadi guide. Maklumlaa, trek yang mencabar kenalah lalui dengan penuh kesabaran dan penghayatan. Barulah sampai mati kita akan ingat trek tuh. Tak gitu, kak Som? *tetibe pulak*
 Sampai jer kat kem 3, masing2 sibuk membina penempatan baru. Ada yang pasang khemah, memasak, membersihkan diri dan tak lupa juga duduk termenung tersengih sorang diri *aku laaa tuh*. Disebabkan kitorang tiba di kem 3 awal, masing2 wat kije dlm keadaan yang benar2 rileks skali. Aku mula meramahkan diri berbual2 dengan kak Tini. Sedang asyik kami berngobrol2, grooooooooommmm.....guruh berdentum lalu hujan pun turun. Kalau Noh Hujan takpe gak. Buleh aku suruh beliau nyanyi lagu Pagi Yang Gelap. Ini tak, hujan lebat pulak yang gugur ke bumi. Menambahkan ke-cambest-an, khemah yang didiami oleh aku, kak Fara n kak Tini dimasuki air. Pendek cakap, kami sama2 berenang- renang, berkuak lentang dan berkuak kupu2 di dalam 'kolam' khemah kami. Nasib baiklah beberapa ahli team kitorang banyak membantu. Time kasih, tenkiu  dan toche2 incik2 semua!
 Hari ke-3 bermula dengan ciak- miak burung...di luar jendela...seakan memanggil namamu ~ ~Echececececech... ape hal ko bernyanyi2 lagu Ella nih? Hapa ko ingat suara ko tu sodap sangat ke cik Zafirah oiiii? Well, aku bangun tido, gosok gigi dan salin baju tido ke pakaian mendaki. Siap jer sarapan *makan pulut ngan serunding daging*, papa sekali lagi menyuruh aku guide perjalanan dari kem 3 smpai check point 7. Semangat atau aura pagi ni lain sikit. So, sementara aku masih bersemangat nih... aku setuju ajer. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak GT, pelbagai kenangan lalu terkuak kembali. Aku jumpa pokok yang dahannya berjuntai seakan2 buaian. Kalo mase aku kecik2 dolu, 'buaian' ni laa yang mama n papa selalu guna untuk pujuk aku supaya aku kembali bersemangat untuk naik ke puncak. Pastu aku melintasi kembali check point yang aku gelar check point Tapir. Sebab? Haaa...adalah suatu ketika di mana aku dan beberapa orang makhluk Tuhan ni berhenti rehat sekojap. Maklumlaa penat. Dahlaa penat, lapor bebenor pulak tuh. So, kitorang masaklah megi. Tengah syok dok melahap megi, muncul seekor tapir bersaiz XL meluru dari atas bukit tempat kitorang berehat. Hah, ambek ko! Macam Jerry kena kejar dengan Tom laa kitorang lari. Lagi menambahkan sodap cerita, salah sorang dari kitorang ni *abg Man namenyer*, dengan ke-selamber-annyer melantak megi tadi di celah pokok besar tempat kitorang memasak. Lansung tak pedulikan si Tapir sesat tadi. Hawau benor beliau! Kemudian aku melintasi juga kawasan taman bonsai yang di mana dolu2 aku slalu berangan2 jadi puteri bunian kat situ. Maklumlaa dolu2 kawasan taman bonsai ni bapaklaaa cantik. Macam taman kayangan jer *cheh, melampau punya ayat*. Rindu betul saat2 itu. Haisshhh :')
Sambil2 tu meh aku bawa korang cuci2 mata sikit dengan sebahagian gmbr yang aku upload wat tatapan korang. Maap laa yep, gambar sikit jer. Nak tengok lelebih berkunjunglah ke FB aku. huhu :D

1# Ikan2 Kelah yang berjaya ditangkap.
2# Salah sekor pacat yang telah aku fofulerkan beliau di FB dan juge blog.
3# Inilaaa 'buaian'aku dolu2, kini n hope selamanya laa :)
4# Bergaya hebat sikit di Taman Bonsai.
5# Ini bukan masalah aku kebulor tahap cipan sampai nak telan daun. Ini adalah seni bergambar~ ~
6# Pulut kepal *ekceli lebihan pulut dan juga serunding sarapan pagi* Tukan kepal : Abg Wan Patah.
7# Bapak kesian kan mereka? Sorang makan dlm tin sardin, sorang dalam tin glukos, sorang dalam plastik nasi empit! sadis, sadis, sadis~ ~
8# Maggi Cup buatan Abg Wan Patah dan Pak Cik Daniyal. Hehe :D
9# Permandangan dari puncak GT.
10# Kami semua yang terlibat dalam XPDC MOUNT TAPIS 2011. hehe. Tukang ambik gambar : Encik Musa @ Papa.
11# Aku masih di alam fantasi aku. Teringat dolu2 berangan jadi puteri bunian.
12# Si Angah yang tertidor kepenatan. Kesian.

 OK, back to story.
Puas ber-posing maut mengalahkan model antarabangsa, kitorang pun bergerak turun dari puncak kembali ke kem 3. Geng2 ni biler masuk jer fasa turun, mulalah macam kura2 pakai enjin turbo. Lajunyerrr kemain! Aku, papa n mama lambat sket coz kaki mama injured sikit. Walau bagaimanapon, kitorang slamat jugak sampai di kem 3. Alhamdulillah. Disebabkan malam tu malam last kitorang di GT, mama masa kaw2 punyer. Haaa...dalam sakit2 pun mama still served the best buat we all tau! Menu malam tu : Nasi putih, kari ayam tin *cap yang ada gmbr chef wan kat depan*, sambal tempoyak, sambal belacan, sup sayur, telor masin, ikan masin dan seperiuk air teh O. Haaa...amek ko! Memang kitorang melantak abes- abesan laa. Oh yaa, disebabkan aku, kak Fara n kak Tini takot peristiwa berenang- renang ke tepian semalam berulang... kitorang telah mengubah suai kedudukan serta meng-up grade-kan lagi khemah kitorang. Hehe. Alhamdulillah, malam tu khemah kitorang aman makmur dan bahagia sokmo.
 Hari ke-4 bermula dengan aku ditugaskan masak sarapan pagi. Menu : Hotcakes! Aku mmg suka n pakar dalam buat hotcakes ni. Sape cakap dlm hutan tak boleh makan hotcakes? Haha. Mmg silap besar. Siap2 sarapan, kitorang mula berkemas untuk balik. Aku mengambil keputusan untuk jalan dengan papa. Bukan apa, asyik jalan dengan mama jer...kang papa jeles pulak. Hehe. Perjalanan balik tak banyak dugaan. Semuanya lancar dan errr....papa terjatuh gedebukkkk... masa menuruni Trek 2000. Kui, kui, kui. Tak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Otw balik, geng2 Kem Komanden ni sibuk memukat ikan Kelah di setiap sungai yang kitorang redahi. Hasilnya, adalah dalam beberapa ekor ikan Kelah yang dapat di tangkap dan dibawa keluar hidup2. Selebihnya yang dah mati2 tuh, pun dibawa keluar juga, tapi untuk digoreng celup tepong pun sodap. Tak ada yang menarik berlaku pada aku sepanjang perjalanan balik kecuali ; celah kangkang aku melecet coz aku lupa sarung tight, ibu jari kaki kiri aku melepoh membuatkan aku terpaksa gantung boot trekking aku dan menapak dengan selipar Norwand jer, mata aku ngantuk gila2 coz aku tak cukup tido, betis aku penuh dengan kesan gigitan pacat *jatuhlaaa harga duit hantaran aku* dan perut aku lapor giler tapi aku tak leh makan coz lauk yg dimasak adalah ikan sungai~ Utk pengetahuan, aku mmg anti ikan sungai!
 But after all these, aku still happy coz semua orang pun kelihatan berpuas hati dengan XPDC kali ni. Hope they all enjoy dan tak akan pernah serik lagi untuk mendaki gunung di masa akan datang. Hehe.

p/s: Segala penat n lapor hilang teruss sebaik saja Mok Ngoh telepon dan cakap ;"Ya, ajak mama, papa dan semua datang umah mok ngoh. Mok cik belanja KFC. Bye." Kentucky Fried Chicken atau nama gebunya KFC! Free beb~ Lansung kitorang memecutkan diri ke rumah Mok Ngoh. Hehe. Mok Ngoh, Mok Cik... ur the best laaa :D

Trimas :)

07 June 2011

Langkah Baru~

Assalamualaikum :D

Apa habaq? Hope korang sehat2, gebu2 n mantoppp2 belako yep! Haaaa...apesal? Pelik? Hairan yang disertakan dengan keajaiban? Haaaa....korang tak berada di blog lain yep. Korang masih di blog aku, Cik Nur Zafirah yang kiut lagi miut!

Maaplaaa...blog aku bertukar dengn drastik tanpa sebarang amaran bahaya mahupun siren kecemasan. Al-maklumlaa aku nak wat macam omputih cakap... SURPISE! chakkkk~~
Korang terkujut tak? Terkujut x?

Bukan apa, bila melangkah ke dunia baru mestilah dengan semangat baru ye dok? So, aku amek keputusan untuk meng-hebat-kan lagi blog aku yang smemangnya dah hebat ni. So, slamat enjoy laaa yep! Yeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaa :P

Trimas :)