Assalamualaikum :D
Aku yang benar, sebenar- benarnya *berapa banyak benar daa...*, tak tau nak tulis ape. So, agak cambest tak kalo aku tulis pengalaman aku time mendaki Gunung Tapis (GT)? Lantak koranglah nak bace ke idok. Ambo menulis ajo. Dah blog ambo, korang ape kesah kan?? kan??
The story begins on 8 Jun 2011 a.k.a. hari Rabu lepas. Papa aku buat satu team ni, ala team suke2 jiwa jer nak mendaki GT ni. Memulanya kemain beliau kabor dekat 30 orang nak pergi. Last2, plepekkkk... 20 orang jer yang join. Aku sikit pun tak heran coz yang penting aku dapat komisen jadik guide. Huhu. Mata duitan sungguh aku! Team kali ni agak best laa coz hampir semuanya aku dah kenal time naik Gunung Tahan dolu. 1st day, papa suh aku jadi guide. Maklumlah, dalam 20 orang yang join pendakian nih cuma family aku jer yang pernah naik. Papa nak jadi sweeper, mama tak brape ingat jalan and Kimi errr....masih budak2. Untuk 1st day semuanya berjalan dengan lancar. Cuma walaupun kitorang sampai awal kat kawasan perkhemahan, kitorang takleh rileks sangat. Hujan plakk tetiba. Macam cipan kudung kitorang dok pasang khemah *ekceli diorang, aku nengok ajer. hehe*
Malam tu aku tido satu khemah dengan Kak Farah n Kak Tini. Punyalah takot sejuk, aku siap sarung stokin, pakai windbreaker n berselimutkan sleeping bag lagi. Entah mengapa, tanpa ku sedari rupanya panas hingga ke malam hari! Lepas satu per satu aku tanggalkan. Mula2 sleeping bag, pastu windbreaker last2 stokin. Pun bahangnya masih terasa hingga membuatkan aku terfikir, banyakkah dosaku? ececehhh... Aku pusing kiri, aku tengok cam syokkk tahap gaban jer kak Tini bergolek. Aku pusing tang kanan, cam syokkk tahap cipan jer kak Farah berdengkur sakan. Aku ni plakk terkebil2 macam cicak baru telan kuih donat.
2nd day... pun papa still suruh aku jadi guide. Aku setuju jer coz perjalanan utk hari kedua ni tak adalah tough sangat.Cuma bila masuk jer tang Trek 2000, aku mengundurkan diri. Aku dengan bangganya menjemput papa menjadi guide. Maklumlaa, trek yang mencabar kenalah lalui dengan penuh kesabaran dan penghayatan. Barulah sampai mati kita akan ingat trek tuh. Tak gitu, kak Som? *tetibe pulak*
Sampai jer kat kem 3, masing2 sibuk membina penempatan baru. Ada yang pasang khemah, memasak, membersihkan diri dan tak lupa juga duduk termenung tersengih sorang diri *aku laaa tuh*. Disebabkan kitorang tiba di kem 3 awal, masing2 wat kije dlm keadaan yang benar2 rileks skali. Aku mula meramahkan diri berbual2 dengan kak Tini. Sedang asyik kami berngobrol2, grooooooooommmm.....guruh berdentum lalu hujan pun turun. Kalau Noh Hujan takpe gak. Buleh aku suruh beliau nyanyi lagu Pagi Yang Gelap. Ini tak, hujan lebat pulak yang gugur ke bumi. Menambahkan ke-cambest-an, khemah yang didiami oleh aku, kak Fara n kak Tini dimasuki air. Pendek cakap, kami sama2 berenang- renang, berkuak lentang dan berkuak kupu2 di dalam 'kolam' khemah kami. Nasib baiklah beberapa ahli team kitorang banyak membantu. Time kasih, tenkiu dan toche2 incik2 semua!
Hari ke-3 bermula dengan ciak- miak burung...di luar jendela...seakan memanggil namamu ~ ~Echececececech... ape hal ko bernyanyi2 lagu Ella nih? Hapa ko ingat suara ko tu sodap sangat ke cik Zafirah oiiii? Well, aku bangun tido, gosok gigi dan salin baju tido ke pakaian mendaki. Siap jer sarapan *makan pulut ngan serunding daging*, papa sekali lagi menyuruh aku guide perjalanan dari kem 3 smpai check point 7. Semangat atau aura pagi ni lain sikit. So, sementara aku masih bersemangat nih... aku setuju ajer. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak GT, pelbagai kenangan lalu terkuak kembali. Aku jumpa pokok yang dahannya berjuntai seakan2 buaian. Kalo mase aku kecik2 dolu, 'buaian' ni laa yang mama n papa selalu guna untuk pujuk aku supaya aku kembali bersemangat untuk naik ke puncak. Pastu aku melintasi kembali check point yang aku gelar check point Tapir. Sebab? Haaa...adalah suatu ketika di mana aku dan beberapa orang makhluk Tuhan ni berhenti rehat sekojap. Maklumlaa penat. Dahlaa penat, lapor bebenor pulak tuh. So, kitorang masaklah megi. Tengah syok dok melahap megi, muncul seekor tapir bersaiz XL meluru dari atas bukit tempat kitorang berehat. Hah, ambek ko! Macam Jerry kena kejar dengan Tom laa kitorang lari. Lagi menambahkan sodap cerita, salah sorang dari kitorang ni *abg Man namenyer*, dengan ke-selamber-annyer melantak megi tadi di celah pokok besar tempat kitorang memasak. Lansung tak pedulikan si Tapir sesat tadi. Hawau benor beliau! Kemudian aku melintasi juga kawasan taman bonsai yang di mana dolu2 aku slalu berangan2 jadi puteri bunian kat situ. Maklumlaa dolu2 kawasan taman bonsai ni bapaklaaa cantik. Macam taman kayangan jer *cheh, melampau punya ayat*. Rindu betul saat2 itu. Haisshhh :')
Sambil2 tu meh aku bawa korang cuci2 mata sikit dengan sebahagian gmbr yang aku upload wat tatapan korang. Maap laa yep, gambar sikit jer. Nak tengok lelebih berkunjunglah ke FB aku. huhu :D
1# Ikan2 Kelah yang berjaya ditangkap.
2# Salah sekor pacat yang telah aku fofulerkan beliau di FB dan juge blog.
3# Inilaaa 'buaian'aku dolu2, kini n hope selamanya laa :)
4# Bergaya hebat sikit di Taman Bonsai.
5# Ini bukan masalah aku kebulor tahap cipan sampai nak telan daun. Ini adalah seni bergambar~ ~
6# Pulut kepal *ekceli lebihan pulut dan juga serunding sarapan pagi* Tukan kepal : Abg Wan Patah.
7# Bapak kesian kan mereka? Sorang makan dlm tin sardin, sorang dalam tin glukos, sorang dalam plastik nasi empit! sadis, sadis, sadis~ ~
8# Maggi Cup buatan Abg Wan Patah dan Pak Cik Daniyal. Hehe :D
9# Permandangan dari puncak GT.
10# Kami semua yang terlibat dalam XPDC MOUNT TAPIS 2011. hehe. Tukang ambik gambar : Encik Musa @ Papa.
11# Aku masih di alam fantasi aku. Teringat dolu2 berangan jadi puteri bunian.
12# Si Angah yang tertidor kepenatan. Kesian.
OK, back to story.
Puas ber-posing maut mengalahkan model antarabangsa, kitorang pun bergerak turun dari puncak kembali ke kem 3. Geng2 ni biler masuk jer fasa turun, mulalah macam kura2 pakai enjin turbo. Lajunyerrr kemain! Aku, papa n mama lambat sket coz kaki mama injured sikit. Walau bagaimanapon, kitorang slamat jugak sampai di kem 3. Alhamdulillah. Disebabkan malam tu malam last kitorang di GT, mama masa kaw2 punyer. Haaa...dalam sakit2 pun mama still served the best buat we all tau! Menu malam tu : Nasi putih, kari ayam tin *cap yang ada gmbr chef wan kat depan*, sambal tempoyak, sambal belacan, sup sayur, telor masin, ikan masin dan seperiuk air teh O. Haaa...amek ko! Memang kitorang melantak abes- abesan laa. Oh yaa, disebabkan aku, kak Fara n kak Tini takot peristiwa berenang- renang ke tepian semalam berulang... kitorang telah mengubah suai kedudukan serta meng-up grade-kan lagi khemah kitorang. Hehe. Alhamdulillah, malam tu khemah kitorang aman makmur dan bahagia sokmo.
Hari ke-4 bermula dengan aku ditugaskan masak sarapan pagi. Menu : Hotcakes! Aku mmg suka n pakar dalam buat hotcakes ni. Sape cakap dlm hutan tak boleh makan hotcakes? Haha. Mmg silap besar. Siap2 sarapan, kitorang mula berkemas untuk balik. Aku mengambil keputusan untuk jalan dengan papa. Bukan apa, asyik jalan dengan mama jer...kang papa jeles pulak. Hehe. Perjalanan balik tak banyak dugaan. Semuanya lancar dan errr....papa terjatuh gedebukkkk... masa menuruni Trek 2000. Kui, kui, kui. Tak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Otw balik, geng2 Kem Komanden ni sibuk memukat ikan Kelah di setiap sungai yang kitorang redahi. Hasilnya, adalah dalam beberapa ekor ikan Kelah yang dapat di tangkap dan dibawa keluar hidup2. Selebihnya yang dah mati2 tuh, pun dibawa keluar juga, tapi untuk digoreng celup tepong pun sodap. Tak ada yang menarik berlaku pada aku sepanjang perjalanan balik kecuali ; celah kangkang aku melecet coz aku lupa sarung tight, ibu jari kaki kiri aku melepoh membuatkan aku terpaksa gantung boot trekking aku dan menapak dengan selipar Norwand jer, mata aku ngantuk gila2 coz aku tak cukup tido, betis aku penuh dengan kesan gigitan pacat *jatuhlaaa harga duit hantaran aku* dan perut aku lapor giler tapi aku tak leh makan coz lauk yg dimasak adalah ikan sungai~ Utk pengetahuan, aku mmg anti ikan sungai!
But after all these, aku still happy coz semua orang pun kelihatan berpuas hati dengan XPDC kali ni. Hope they all enjoy dan tak akan pernah serik lagi untuk mendaki gunung di masa akan datang. Hehe.
p/s: Segala penat n lapor hilang teruss sebaik saja Mok Ngoh telepon dan cakap ;"Ya, ajak mama, papa dan semua datang umah mok ngoh. Mok cik belanja KFC. Bye." Kentucky Fried Chicken atau nama gebunya KFC! Free beb~ Lansung kitorang memecutkan diri ke rumah Mok Ngoh. Hehe. Mok Ngoh, Mok Cik... ur the best laaa :D
Trimas :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.