Assalamualaikum :D
'Kan ku berikan semua… agar kau gembira sentiasa… engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri.
Jangan disimpan tiada rahsia… katakan saja ku terima… engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri.
Waktu duka dulu kita lalui bersama… pagi yang bagaikan malam ditemani bintang terang… hancur hati bila kau undurkan diri… meninggalkan daku… meninggalkan daku sendiri.
Senyuman manis dibawa angin… ku tunggu dikau terasa dingin… engkau tetap pergi, pergi meninggalkan ku sendiri.'

Kalau nak di-story kan persahabatan kitorang ni, mahu 2,3 page. Kang tak pepasal korang juling bijik mata asyik dok baca history friendship kitorang. Tapi kan, ada aku kisah? Blog aku. Lantaklah aku nak tulis hapa. *riak sekejap*
Ekceli aku ngan Da Bullat's Sisters as known as DBS ni dah masuk 5 tahun. Siryes cakap, bukan senang kami nak kekalkan kawankapal kitorang ni. Maklumlah, sudah menjadi adat resam pantang larang nenek moyanglaa yang dalam setiap friendship akan ada cabarannya. Suka, duka, tawa hilai, nanges leleh, gaduh2 manja and bla, bla, bla, bla, bla… musti ada punyalah! Tapi semua nilah yang melengkapkan kami semua.
For GOD sake, memang susah nak handle friendship DBS ni. Well, kitorang berlima. Datang dari keluarga yang berbeza, sikap yang berbeza dan gaya hidup yang berbeza. Memanglah kitorang sebangsa dan seagama, tapi cara kitorang dibesarkan berbeza mengikut keluarga. Sometimes kitorang gaduh atas sebab yang remeh- temeh. But sometimes, perkara yang remeh- temehlah yang mencetuskan hilai tawa kitorang.
Boleh ke korang kekalkan persahabatan korang jika ; seorang jenis tak ada perasaan, seorang jenis tak tetap pendirian, seorang jenis emo tak tentu pasal, seorang jenis sensitif tak hingat dan seorang jenis blurrr???? Jawapan aku : BOLEH! :) Sebab, walaupun aku tak ada perasaan, aku boleh sabar dengan kerenah diorang. Sebab, walaupun Rahil tak tetap pendirian, dia boleh menceriakan hari2 kitorang. Sebab walaupun Belack emo tak tentu pasal, dia sentiasa melengkapkan kitorang. Sebab walaupun Lynn sensitif tak hingat, dia sentiasa memahami kitorang. Sebab walaupun ZP blurrr, dia sentiasa bersama kitorang. Huhhhhh…huuhuhhhhh…..lelah aku! Jap, jap….rehat 5 minit.
*15 minit berlalu*
Macam biasa, pabila usia kian meningkat...makin banyak cabaran dan dugaan akan ditempuhi. Kami masing2 akan membawa diri demi mencapai cita2 masing2. Maklumlah... seorang bakal JURURAWAT, seorang bakal ENGINEER, seorang bakal GURU @ AHLI KAJI CUACA, seorang bakal PENSYARAH dan seorang lagi errr...masih kompius. Huhu. Walau apapun, semoga kami semua dapat mencapai cita2 dan impian kami dan suatu hari nanti pasti akan tiba di mana kami semua dapat berjumpa kembali. :')
After all, aku teramatlah sayang unni n dongsaeng2 aku ni!!! Semoga kita akan terus bersahabat hingga akhir hayat yep kawan2. I lebiu :')
p/s : Dear Allah, ku mohon padaMu agar kekalkan persahabatan kami, redhailah hubungan kami dan jauhkanlah kami dari kesesatan. Dear Allah, bantulah kami agar persahabatan yang terjalin indah ini akan kekal selamanya. AMIN.
Trimas :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.