26 June 2011

Kapal Terbang Kertas

Assalamualaikum :D

 Hari itu aku tidak mempraktikkan frasa 'Masa Itu Emas', apabila aku menghabiskan masa dengan 'menziarah' blog2 orang lain. Huhu :) Well, terdapatlah satu blog ni yang menarik perhatian aku. Blog ni pasal kisah hidup seorang gadis ni. It's like life journal budak perempuan nilaa.  Aku pun bacalah sikit post2 budak ni. Memang banyak kisah sedih. Tapi adalah dalam 2,3 post yang menggembirakan.  Namun begitu, dalam banyak2 post tu, aku agak terkesan dengan post yang satu ni. Post ni membuatkan aku tertanya- tanya, "Betulkah ini?", "Abang jenis apa ni?"
 So, aku pun nak kongsilaa dengan korang. Hmmmm….

---> Kapal Terbang Kertas

 Pernah tak kau orang rasa nak terbang sebebas- bebasnya? Tak payah sayap, tak payah payung terjun, tak payah apa- apa pun. Kau orang just depakan tangan, pejamkan mata dan just terbang tanpa haluan. Aku pernah. Aku nak sangat. Hari tu aku gaduh besar dengan so-called 'abang' aku tuh. 19 tahun aku hidup, tak pernah aku INGAT yang aku ada abang. Serius. Kau fikir, ada ke abang yang mengajar adik PEREMPUANnya menonton filem lucah? Abang jenis ape tuh? Seingat aku, masa tuh usia aku baru 7 tahun. Tapi akal budak 7 tahun manalah panjang sangat. Ikut saja apa yang abangnya suruh. Sampailah bila usia aku meningkat 11 tahun, barulah aku faham maksud filem lucah tuh. Betapa berdosanya diri aku selama itu sebab tak melarang malah turut sama menonton filem lucah tersebut. Namun ALHAMDULILLAH aku tak pernah terlanjur dengan syaitan bertopengkan manusia tuh. But since then, aku semakin jauh dengan dia. Aku hidup tanpa perlukan sikit pun kasih sayang so-called abang tuh. Aku ada mak, ayah dan adik. Aku tak perlukan ABANG. Aku boleh hidup bahagia. Buktinya selama aku hidup hingga hari ini aku tak perlukan perhatian dia. Aku masih hidup dan sihat. Pernah SEKALI, aku mengalami kesusahan. Aku tak ada pilihan melainkan meminta bantuan ayah. Tapi ayah aku menyuruh abang aku menyelesaikan masalah aku. Diulangi AYAH aku yang suruh. Aku TAK pernah mintak. Hasilnya, sampai ke hari ini dia dok ungkit dan ungkit dan ungkit dan ungkit bantuannya yang tak seberapa tuh. Kau fikir, abang apa macam tuh? Mengungkit pertolongan yang diberi walaupun pertolongan tu dahlaa tak seberapa, SEKALI jer pulak tuh. Nak mengaku 'abang' aku konon? Kau nak aku ungkit 'pertolongan' yang dah aku buat selama ni pada dia? Nak? Baik. Siapa basuh baju, seluar termasuk seluar dalam dia? Siapa masak makan malam? Siapa basuh pinggan mangkuk? Siapa sidai baju? Siapa lipat baju? Siapa yang kena selalu beralah? Siapa? Siapa? Siapa? Jawapan yang mudah. AKU. Sebab aku kan perempuan, aku kan adik, aku kan lemah, aku kan PATUT dibuli. Mari aku bagitau kau apa rutin dia. Dia bangun pukul 10 pagi pergi kerja. Balik jam 11 malam, melantak pastu tinggal sisa2 makan untuk AKU bersihkan.  Bila ada sesi mengemas rumah, dia cepat2 angkat kaki sebab dia fikir yang adik PEREMPUAN dia yang SORANG ni boleh buat semua kerja. Aku cakap kat kau, dialah salah satu penyebab kenapa aku benci LELAKI. Satu- satunya lelaki yang aku RESPECT cuma AYAH. Kau tahu, ayah tak pernah naik tangan kat aku sesuka hati melainkan aku betul2 dah melampaui batas. Tapi syaitan bertopengkan manusia nih, suka2 naik tangan dengan alasan ; ABANG. Kau orang tahu, dia menangis bagitau aku yang selama ni aku tak pernah fikir yang dia dok risau kat aku, ambik berat pasal aku, tak kasi aku belajar jauh2 sebab risau aku tak pandai bawak diri. Untuk seorang lelaki yang selama ni tak pernah kisah akan hidup aku, makan minum aku… bagi aku, air mata tu cuma penagih simpati jer. Dia risaukan aku? Heh, pernah dia ada waktu aku kena kacau dengan budak2 lelaki kat bus stop? Pernah dia duduk dan tanya aku apesal aku bersikap kasar dan ganas? TAK PERNAH. So, STOP mengaku abang dan mintak hak2 sebagai abang kalau kau tak boleh jadi seorang abang!!! Jangan sesekali pernah gunakan alasan sebagai abang untuk naik tangan ke atas aku coz memang TAK LAYAK LANSUNG!!! Fine, mulai DETIK ini, aku BERSUMPAH kau bukan lagi ABANG aku. So, stop acting yang kau tuh abang aku. Pergi mati dengan hidup aku. Apa kau kesah? Aku HARAMkan kau makan hasil tangan aku! Aku HARAMkan kau jejakkan kaki ke KUBUR aku! Kau dan aku putus saudara. Aku TAK ada abang macam kau! Ohhh… in fact, aku pernah ade abang ke? Tettt…jawapannyer tak. So, pergi jahanam dengan hidup kau! Jangan kau sesekali sibuk pasal hal aku. Aku nak mati ke, hidup ke…kau apa kesah! SAMPAI MATI AKU TAKKAN MAAFKAN KAU ATAS AIR MATA AKU YANG MENGALIR HARI INI!!! SAMPAI MATI!
 Sebab itu aku nak jadi kapal terbang kertas. Bebas ke mana sahaja. Terbang mengikut haluan angin tanpa sebarang masalah. Bebas meluahkan masalah tanpa hiraukan orang di sekeliling. Bila hujan turun, tamatlah riwayat kapal terbang kertas bersama air mata yang ditenggelami hujan. Dan tiada siapa yang tahu. Dunia tak akan runtuh hanya disebabkan tamatnya riwayat sekeping kapal terbang kertas. Itulah aku.    <--------------

 p/s: Aku dah pun mintak nak share post dia ni kat blog aku. Huhu. :')

Trimas :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.