16 June 2011

Biler lapar, semua pun jadik!

Assalamualaikum :D

Hari tu kan... "Aduhhh....perut ku lapar gedik2. Tak tau nak melantak ape!" Jeritan batinku memecah suasana. Serius. Aku tak berdo'oh (tipu). Perut bulatku sememangnya lapar giler. Bukan setakat mengalun irama dangdut mahupun rock ala2 Ella. Tapi ini sudah masuk line lagu Bat Country by Avenged Sevenfold! Dasat tak? Dasat tak? Yeaaa...aku tau aku over. Well, aku mmg suke over acting. Ape ko kesah?

 Lapar yg teramat sgt ni mendorong aku mengesot2 macam Suster Ngesot ke arah dapur. Dengan malas2 aku mencari segala hapa makanan yang ada dari dalam peti hinggalah kabinet dapur umah. Hampeh tol! Takde yang menarik lansung. *cheeehhh...dan, dan jer memilih XD

 Lalu terjumpalah aku dengan si dia yg lebih glamer digelar megi MAMEE perisa sayuran. Dengan dasatnya aku merobek plastik pembungkusnya dan merendamnya dalam air panas. Sambil dok tunggu megi tuh masak, aku teringat yang megi kan ade MSG. Bukan singkatan kepada messege atau Mak Suke Gula, tetapi Monosodium Glutamate atau name kampungnya perasa tambahan. Cissss...time2 gini sibuk jer aku nak fikir tentang msg ni. So, dengan ligatnya kepala otakku ni berputar. Mencari2 resepi ekspress agar aku x payah gune msg nih. Namun bak kata pepatah, 'perot lapor, otok pon kosong' (pandai2 aku jer...). Lalu terpandanglah aku akan sebotol sos tomato n kicap Jalen. Ape lagi, aku pun toskan megi yg aku rendam tadi pastu letak dalam pinggan bulat. Pastu aku gaulkan dengan sos tomato n kicap cap Jalen tadi. Utk menambahkan ke-best-an, aku tabur sikit bawang goreng dan taugeh. Perghhhh....best wa cakap sama lu~
 Maka, berbahagialah perot aku. Hehe


p/s : Jika korang ingin mencuba resepi ini, dialu2kan. Tapi dengan syarat, cubalah resepi ini pabila korang benar2 lapar ala2 lagu Bat Country by Avenged Sevenfold. Huhu :]


Trimas :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.