23 June 2011

Terapi yang BAIK :)

Assalamualaikum :D

 Korang pernah dengar pasal terapi tak? Pernah tak? Pernah tak? Kalau menurut profesor Wiki, 'Terapi atau Rawatan, adalah cara untuk mengembalikan tahap kesihatan seseorang itu ke normal, kebiasaannya terapi dilakukan mengikut diagnosis. In the medical field, it is synonymous with the word "treatment".'


 OK aku pernah dengar yang lain orang, lain terapinya. Macam yang aku dah tulis kat atas, semua terapi dibuat berdasarkan diagnosis pesakit. Contoh, kalau patient ada sakit mental...beliau akan dipertemukan dengan pakar psikiatri. Kalau patient tu ada sakit sendi atau patah tulang ke...beliau akan dipertemukan dengan pakar fisioterapi. Dah paham? Bagusss...


 Errr...ekceli motif aku tulis post ni just nak cakap yang sebenarnya MENANGIS pun adalah satu terapi. Aku tak tipu sebab aku dah hampir 5 bulan cuba terapi nih. Ohhh...ini tak bermakna selama 5 bulan ini aku cuma menangis sahaja OK. Banyak lagi perkara perlu aku buat selain menangis tak tentu pasal nih. Well, aku nak tanya...bila korang kehilangan something@someone yang paling korang sayang, ape korang buat? Bila korang gagal dalam sesuatu perkara, apa korang buat? Bila korang rasa sedih, apa korang buat? Mostly the answer is MENANGIS kan? But sometimes, bila korang nangis...ade jerrr suara2 yang memujuk," Dahlaaa nangis tuh. Buruk rupa kalo nangis banyak2 nih. Lagipun nangis ni untuk orang yang lemah, yang tak kuat."
 Ekceli kosong markah untuk si polan yang berkata- kata demikian. Aku bagi tahu korang... kalau rasa nak nangis, MENANGIS SEPUAS HATI sampai terhingut2 bahu, meleleh2 hingus, berbaldi2 air mata dan habiskan sedozen kotak tisu. Yang penting, lakukan apa yang aku cakap tuh dalam masa satu hari SAHAJA.


 Why? I tell u why. Sebab bila korang dah menangis sepuas hati, ia ibarat korang dah lepaskan semua masalah@kekusutan jiwe dalam diri korang. So, bila korang bangun keesokan harinya ia ibarat korang lahir dalam dunia baru. Korang akan otomatik blajar dari kesilapan lalu supaya korang tak akan ulangi ianya buat kali kedua. Ada paham? Bagi orang macam aku ni, yang sokmo buat kesilapan...terapi menangis adalah yang terbaik. Aku lepaskan semuanya dalam tangisan supaya aku buleh bangkit semula untuk perbaiki kesalahan aku. Biarlah orang nak cakap aku ni muke cool tapi dalam hati ada taman bunga ros skalipun. Yang penting, aku dah buat silap dan aku mahukan perubahan.


Trimas :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.