19 June 2011

SELAMAT HARI BAPA!

Assalamualaikum :D

 Happy Father's Day! Haaa...korang dah wish ke ayah @ babah @ bapak @ papa @ daddy @ apa sajalah gelaran insan yang telah banyak menabur jasa pada korang? Dah? Bagusssss. Apa? Belum?! Deyyy... setahun sekali jer Father's Day tau. Kot ya pun busy...prihatin laa sikit. Selagi korang masih ada ayah terchenta baik korang hargai betol2. Kang bila dah tak dok, nyesal tak sudah.
 Sempena Hari Bapa ni, aku nak coret2 sikitlaa mengenai insan yang bergelar bapa ni. Korang pernah tak terfikir yang sebonarnya, si bapa ni jauh lebih sensitif dari si ibu? Haaa...memanglah tak semua bapa begitu. Tapi hampir 80% bapa di dunia ni memang sensitif. Cuma yelaaa...dah namanya lelaki. Sensitif mana pun, ego mengatasi segala- galanya. Faham2 jelaaa yang lelaki dengan ego mereka. Ego di sini tak ada kena mengena lansung dengan skuter jenama EGO yep.
 Korang tau tak setiap kali korang berjauhan dengan family, orang yang akan selalu mengingatkan ibu korang supaya tepon korang ialah ayah korang. Bila korang kena belajar jauh2, ibu akan nangis selok2 sampai terhinggut2 bahunya. Ayah mantain cool tapi dalam hati risau, sebak dan macam2 lagi perasaan berkocak. Sebab apa ayah tak tunjuk? Sebab, ayah kan tabah, kuat. Beliau kenalah tunjuk ketabahan dan kekuatan beliau agar korang tenang dan berani untuk melangkah ke hadapan. Bila korang bawak balik kawan, especeli kawan lelaki. Ibu kompem masak lauk2 best.Nak tunjuk skill laa katakan. Tapi ayah, toksah cakap. Setapak jer kaki kawan korang tu melangkah, muka paling cool di dunia di tunjukkannya. Mahunyer tak, maklumlaa anak dara bawak kawan lelaki datang melawat keluarga. Sebenarnya kan, saat korang sudah mula berbahasa basi dengan ibu dan ayah korang tentang seseorang lelaki, ayah dah siap2 mencari yang terbaik buat korang. Segala macam aspek di teleknya. Maklumlaa... tempatnya sebagai pelindung korang bakal diambil alih oleh insan yang bergelar suami.
 Kalau korang perasan, bila korang cakap nak kahwin...orang paling gumbire of coz ibu. Kenapa ayah tenang jer? Haaa...ini sebab beliau penat memikirkan sama ada layak ke idok, buleh ke idok, pandai ke idok bakal suami korang tu nanti jaga kkorang, lindungi korang macam yang dia buat selama ni. Haaa...amek ko! Aku dah melalut sampai masuk bab kahwin pulak.
 OK, kenang kembali zaman comot2(kanak2) korang dolu2. Ingat tak yang korang sibuk jer nak beli itu, nak beli ini. Jiran sebelah ada barbie, korang pun nak barbie. Jiran sebelah beli patung beruang saiz XL, korang nak patung beruang saiz XXL. Jiran sebelah beli kereta kebal mainan, korang nak kereta kebal yang real. Macam2 laa korang *sama jer dengan aku! :D Korang merengek2, berguling2 malah ada juga yang mengesot2 supaya ayah korag belikan. Tapi sometimes ayah korang berdegil jugak taknak beli. Kenapa ek? Haaa...sebab beliau taknak korang terlalu manja. Sebab bila dah manja korang taknak berdikari. Sebab bila korang taknak berdikari macam mana korang nak melalui hari2 yang mendatang dalam hidup korang kelak?
 So, sedikit sebanyak korang dah nmpk kan yang ayah ni sememangnya lebih sensitif dari ibu. Cuma bezanya si ibu akan sentiasa tunjukkan tahap ke-sensitif-an beliau, manakala si ayah pula lebih suka bersikap tenang walhal dalam hati bagai nak meletup risau akan diri korang. Akhir kata, sayangilah ayah korang! Selagi ayah korang masih bernafas di atas muka bumi ni, ucapkanlah yang korang sayang ayah korang hari2.
 OK, selamat ber-enjoy Father's Day korang dengan ayah korang yep! Chiowwww.
Opppssss...aku SAYANG PAPA! Ur my HERO, encik MUSA BIN HAJI ATAN. *sory thn ni takde hadiah. huhu :')

Trimas :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.